Monday, 25 February 2013

Smile~Smile~Smile

Haih
Mimpi dia..WHY NOW! tertekannya! No..sebetulnya RINDUNYA!
24.2.13...malam tu aku mimpi aku txt dia..."Bila U nak jumpa I?"
Dia balas.dia ckp "Lps U dpt PLKN kita jumpa" Me replyy "after SpM ja laa plsss"
selebihnya aku xingat.
25.2.13 aku tido ptg.Mimpi abg ckp "takRindu kt W ke?"
Me diam n ignore.Mak ckp "Alolo kesian dia rindu W" me tetap diam.
Abg ckp.tu dia kt luar..me wt xtau jgakkk..mak ckp."betul?? pgl la dia msuk"
Abg ckp."Jangan terkejut tgok MATA dia" Ngaaa! Gilaaa then aku terus bangun
perasaan paling awesome bila rindu kt DIA.pa pon xley! cisss!
hahha I am having my second exam tanpa dia disisi.Yes I sgt tak tentu arah..
I love U mem!! Aku hepi sgt ! when cd Chomel sampai~
Dia rindu aku! haaha tu yg aku mimpi dia.right kan!

Thursday, 21 February 2013

Dugaan Lagi

Firstly aku memang nak terima kasih kat si Dia :'( Doa U da termakbul.Berbahagia lah U atas airmata I.
I tau tu yang U nak.Sekelip mata I hilang segalanya.Sekelip mata I jatuh sayang kt U.
Hilang fungsi kaki,Hilang U,hilang kepercayaan,hilang SAYANG.
Apa lagi lepas ni............Allah uji I.Tolong jgn seksa hati I lagi Sayang..
Ya Allah..Cubaan apa ini..Today aku nak cerita detail sal My Candle,
Me and T stay dalam sebuah kelas kosong.Tujuan kami hanya untuk lepak.
Tiba-tiba Pn L masuk kelas tu.Kami keluar.Pn L tya "Kamu buat apa?". T jawab "amek barang"
Kami terus blah tanpa fikir panjang pasal Pn. L.
20.02.13
Pn.L panggil kami.Cikgu amek nama..
Memang that day aku tak ley study+fokus.
Korek punya korek.At last my Sahabat said " Ang ngn T pya kes jadi kes Lesbian.Pn L ckp ang betul kan baju T."
"What! Gila! aku sentuh dia pun x!!! " Aku ckp.."Chill aku dah cover ang" and aku lari jumpa T
Aku betul2 xpercaya.T kawan aku dari aku baru kenal baca sampai aku tau buat karangan.
Semalaman hati aku gundah gulana.Kenapa Pn.L sanggup cakap mcm tu.
Apa salah aku kat dia.

21.2.13
Hati aku tak tenteram.Hari pertama tanpa ayah disisi.
Biar hati aku berdendam mcm mana.Aku memang syg ayah.
Aku tak nak kecewakan dia.Aku tau aku terlalu pentingkan diri sendiri.
Aku rindu doubleu.Fikir punya fikir.
Sahabat aku dapat jwpan atas keserabutan yg bermain di minda aku."Kes ni tak bleh salahkan cikgu.Salah parents ang sbb dlu dah masukkn kes W dlm sekolah.Now sapa yg nak kata ang ni straight? Senang cta ckgu da buat conclusion coz kes dulu" dengan menahan sebak didada
aku ckp "weh,aku memang fikir benda tu.Airmuka aku dah jatuh.Kalau aku cakap.Sapa pun tak akan percaya.Mana hak bersuara???Bila aku abes ja SPM,aku akan cakap kt family aku segala yg berlaku.Sebab kes W aku kena mcm ni.Lesbian kes srios kay! Aku tak nak sapa pun tau apa jd skunk ni..Habis ja SPM aku akan pergi sejauh mungkin".Dia ckp "Tu la mak aku pun ckp mak ang xptt wt camtu,sekarang maruah ang dah jatuh.Cikgu mmg xkan percaya ckp ang" Aku diam seribu bahasa.Kemana hilangnya dia yg aku puja di saat aku perlukan dia?
Aku just nak hidup tenang macam org lain.Tekanan kali ni buat aku rasa agak down.Fikir tentang kepercayaan yang sudah hilang.Aku makin tertekan.Ya Allah hanya padamua aku memohon.Kau bantu lah aku.Sesungguhnya aku lemah dan gemuruh untuk berhadapan dengan segalanya.My family akan percaya cikgu dari me.Yes I know.
Kebenaran>Keberanian>Ketabahan pls muncul....


Wednesday, 20 February 2013

My Candle!

Aku tak tau macam mana aku nak mula.
Buat masa sekarang,aku bertambah tertekan.
I really need you right now b.I rasa nak nangis!Mana You!
You cakap You xkan biar I nangis sowng2 kan!
Aku kena kes Les lagi tahun ni.Kenapa!!
Sudah lah! DIA ckp aku couple dengan kawan baik aku? No!
Apa sudah jadi dengan dunia.Kejam nya DIA melemparkan tuduhan tu.
Aku dan T just ponteng kelas! and kami lepak.Kenapa si DIA ckp aku betulkan tali T?
What la! Ya Allah hanya kau saja yg tahu kebenarannya.
Kenapa aku lagi? Aku tau tak ada siapa dgr ckp aku..
Sebab aku....
Tapi aku and T kawan! Dunia! Kenapa sampai macam ni?
Dah tak ada kerja ka sampai tokok tambah cerita sekarang ni hah?
Memang tak ada sapa t dengar cakap aku.
Busuk nama aku.. Aku buntu..Hilang Arah..
Streeeessss!! APA SALAH AKU KAT DIA!!!!
Sorry To Say! Aku betul-betul kecewa!
Last time I'm the one who respect you more than others.
I thought u an angel.but.....
It's unbelievable that U broke all my expectation on u! LIAR!

Thursday, 14 February 2013

Aku yang berDosa

Aku ingat aku nak p masjid oleh sebab malam ni malam jumaat so aku ingat nak baca Yassin.
Tambahan pula mimpi aku malam td :(
Aku jejak kaki ke rumah Allah.Tapi bila sampai kt pintu.
Sejuk dingin kaki dan tangan aku.Sampai gigil.Aku tak mampu teruskan langkah aku.
Ya Allah.Aku rasa hina sangat.Aku undur dan terus berjalan balik.
Kenapa aku macam ni...Kalau dia ada.mesti dia akan tenangkan aku.
Aku gelisah sampai tak mampu buat apa2.malam ni aku nak wt solat hajat plus baca Yassin utk dia.
I will..Aku sedar aku akan menyusuli mereka di alam lain.
Aku sayang sgt kt dia.Ya Allah jagakan dia untukku.
Mampu kah aku menatap matanya yang selama ini jd penawar segala luka aku? Mampukah aku berhadapan dengan dia lg? Mungkin kah kami bertemu lg?? sempat ka aku?? Sempat dia maafkan aku?? Aku dah rosakkan dia.
Keperibadian dia wt aku selalu tertanya.Kenapa masa itu sangat cepat tinggalkan aku..
Dia tinggal kan aku dengan janji :'( Sampai bila aku nak hukum diri aku??? Sampai bila aku nak berperang dengan perasaan??

Kau Ku sanjung

Aku baru terjaga..Aku mimpi dia.Ya Allah aku xsangka.
Mula kami kt shopping mall.besar plus cantik sgt.bak istana.
Aku tya dia knpa tgl aku lama2.Dia cakap dia pun rindu kt aku.Dia lyn aku cam dlu.
Aku gembira sangat.Dia minta maaf sbb xwish birthday aku.
Kami main,menari.sweet sangat.Tapi tiba2 kami terpisah kami sama2 dlm rumah Allah.
Aku kt tingkat atas.Dia plak kt tingkat bawah.Aku turun bawah.Cari dia.Aku jumpa dia.Dia duduk tak jauh dari aku.
Tiba2 pak Imam tu tya aku.Aku tak boleh jawab.Dia tlg jawab.Dia terus duduk sblh aku.dia ada beli dua jam satu warna kuning satu warna biru.Lawa sangat2.Mak pun ada.Tapi Imam tu kata.Biarkan kita bersama :) Time tu ada pengantin duduk sblh I dia pkai bju warna biru.Sorang anak datin.sorang lg bapok.tp muka dia familiar gila.Lepas tu kita keluar U bawak I naik moto.NINJA! wow.U bwk I ronda dalam hujan.Sweet.
Then U cakap U tak ley lama.U kna balik KL dah.terus I bangun n nangis
Babe.I miss U so much.Roh kita bertemu its? Or U terlalu rindu kt I?
I tak tau kenapa lately I asyik teringat kt U.I harap I sempat jumpa U.I tak nak tegakkan benang yg basah skunk.
Untuk sementara waktu.I nak biar U tenangkan hati.Tak guna I paksa2 U.Tak guna I nak tegakkan benang yg basah.Lagi I mendesak.U jugak yg tertekan.I tak kisah kalau U nak siat hati I.Asalkan U puas.
I cintakan U sepenuh hati I.Demi Allah I akan tunggu U.

Saturday, 9 February 2013

Keliru Lagi

Kenapa aku lemah sampai macam ni? Aku memang tak layak utk disayangi.
Aku terima kalau ni jalan takdir hidup aku.Tapi sayu hati aku fikir pasal dia.Kenapa!
Sakit dada aku.Nafas bagai di awanan.Dia bidadari aku.
Kenapa aku sia2 kan dia dulu?? Aku tak kalah lagi! Aku tak kan mengalah sebab ni cinta terakhir!
Pengorbanan terakhir.Aku terbaca satu status "Ada dua insan sangat cintai seorang pompuan ni,Tapi dia cuma cintakan wanita ja..tiba satu saat nyawanya dicabut..roh pompuan tu tak tenang kerana dia selalu rindukan wanita tu..dan tak pernah relakan wanita tu pergi" seram aku baca.Menakutkan aku.Bila nyawa aku dicabut nanti adakah roh aku tak tenang cam mimpi pemilik status tu?? Adakah bayang2 dia and kenangan kami akan terus menghantui hidup aku sampai hujung nyawa aku? Aku nak dia..:'( Aku rindu sangat kat dia.Sampai bila air mata aku mampu nangis sebab dia?? Aku tak kuat dengan semua ni Ya Allah.Dugaan Mu bagai meletak aku ditali gantung.
Bukakan lah pintu hatinya Ya Allah.Dunia ni tak kekal.Kenapa aku lupa tu!! Kenapa aku jatuh cinta!!!
Kenapa aku couple!! Aku sakit sangat.Aku tiada dalam hati nya.Padahal aku setia tunggu dia.
Kenapa dia buang aku? Hina sangat ka aku kt mata dia.Mana hati aku? Dia dah hina aku macam2.Dia dah maki hamun aku.Mana harga diri aku? Semua nya dah hilang.Aku rendahkan diri aku.Demi menyayangi dia.Apa akan keluar dari mulut dia bila aku jumpa dia suatu hari nanti? Mana hilangnya jnji2 itu sayang? Cinta sampai mati kita?
Mana sayang!!! U janji tak kan biar I nangis sorang2.Mana U sekarang? I tengah nangis sorang2!!dan hampir setiap masa dgn airmata mana u!!! I Betul2 tak sangka janji U cuma harapan.Malu I yang tanggung.Perit I yang pendam.Seksa I yang rasa.Sayu I yang alami.Deritanya I..Kenapa I!!! Cinta ni betul2 membunuh I.
I keliru sangat kenapa semua jadi camni.I tau U akan point kt I.I and I.I salah untuk setiap yg berlaku.
Jahat gila kan I dimata U? I memang tak sama cm org lain.Kalau U ditempat I.U akan rela mati dari hidup.
Percaya la.Semua org hina I sebab seorang perempuan bertahta di hati I..U tak tau rasanya bila keluarga sendiri pandang rendah kt U.Sampai wt I malu nak berhadapan dengan masyarakt luar.I pilih untuk tetap diam.Tapi hati ni disiat tiap masa dengan sikap semua org.

Dia........

Ohh Tuhan ku rindu dia..
Ohh Tuhan aku cinta dia..
Ohh Tuhan aku rindu dia..
Dimanakah hilangnya dirinya yg bernama cinta..
Sungguh bukan perpisahan ku mahu
Sungguh tak bermaya diriku.
Disaat aku disingkirkan oleh dirimu
Apa yang harusku perkatakan
Kiniku telah dilupakan
Mungkinkah ini bisa membuat kau bahagi
Dimanakah kesilapan diriku
Cubalah kau terangi padaku
Agar bisa dapatku mengerti
Puncanya perpisahan ini

Kau senyum ku menangis
Kau gembira ku berduka
Mengapakah tiada adilnya
Dalam bercinta
Sedangkan aku telah berjanji
Ku akan setia menanti
Temani dirimu
Dikala sepi dikala kau sedih

Ku doakan dia terus bahagia
Kini semua sudah tiada lagi
Senyuman yang terukir dibibir
Semenjak telah terjadi
Perpisahan ini..
Aku sangat cinta dia.

Thursday, 7 February 2013

SetahunTujuhBulan


Our 19 months anniversary <3
Setakat hari ini belum ada pengganti mahupun calon.I bersyukur sebab I mampu setia sampai hari ini.
Terima Kasih Sayang sbb dah lyn kerenah I.Allah temukan org yg betul.
Insan yg sgt mulia,penyayang,penyabar,dan sangat rapat dengan I.I tak tau mcm mna I boleh terlampau rapat dengan U.Sampai I jatuh cinta.I terlalu ikutkan ego.The blame is always on me.Takpa.
Seharian I teringat kat U.Kalau U ada sekarang.Mesti kita tengah baring sambil cerita pasal hari masing2.
Or dah tido tak letak phone.I terlalu childish kan.I tak matang langsung.Perbezaan umur ke yg memisahkan kita?Nope! U tau tak baby.setahun bersama U sangat lama bagi I.Walau ia just sepantas kilat.I tetap mampu ingat setiap mimpi yg U cerita kat I,setiap detik suka duka I dengan U,setiap kata yg buat I tersenyum.I malu sgt dengan U.Kita berbeza sgt.I malu berdepan dengan U.I tak pandai,rajin,baik,suci,penyayang cm U.sejujurnya I malu.I buang rasa tu.I anggap U segalanya.Sampai I jatuh cinta.Tiap kali cukup sebulan.Air mata I jatuh atas kad U.I sayang kt U b.Kalau pun I tak berpeluang untuk menjaga U sekali lg.
Ingat lah.I akan sentiasa ada untuk U.Sampai hujung nyawa I.I akan tetap setia tunggu U.Walau pun U akan tolak I cam El tolak Ikram.I akan tetap setia.Jauh mana pun I pergi.U tetap dalam hati I.Bersyukurlah.U tak perlu tebalkan muka setebal kulit babi utk berhadapan dgn family U.Bersyukurlah dunia ni lebih kejam kt I bukan kt U.
Bersyukurlah hidup U dah tak sial tanpa I.Maafkan I untuk segala khilaf I.sesungguhnya I manusia biasa.
Maafkan I.I org yg paling rapat dengan U.dan I jugak yg selalu wt U nangis.I xpernah expect apa2.
I tak pernah sedetik pun pkr sal penghujung hbgn ni.I terlalu sygkan U.U tak kan percaya.I perempuan kotor,murah dan selalu susahkan U.U terlalu jijik kt I.I hampir musnahkan masa depan I lepas U pergi.I rasa kejam gila dunia.I salahkan semua org.Tp sekarang dunia ni memang kejam.i tak kn biar sapa pun rampas U ditangan I.
I nak tau mana hilangnya rasa kasih syg U.I nak tau mana hilangnya Kekasih hati I.Kenapa U tinggalkan bayang2 U kat I!! kenapa sayang!! kenapa I yg harus tempuh ni semua??!! kenpa!!!!!
Baby I love U~

Sabar lah Kawan

Anda! Aku memang crush kat ang! Dah lama.Tp lepas aku dengar ang dengan dia.Aku mula melupakan kau.Yes aku sangat mencintai dia.Aku tak pernah salahkan takdir.Dia memang istimewa.Kalau aku kejar kau dulu pun.Belum tentu aku akan kenal erti hidup macam sekarang.Aku dapat rasa kau percaya aku.Kau cerita masalah kau td.Its first time.Aku kagum ngn kau.Kentalnya jiwa kau ngn dia.Tetap bertahan to love each other.Maafkan aku sebab aku hanya membisu tikala kau bercerita keperitan hidup kau.Aku sangat memahami apa yg kau rasa.Aku alami nya sebelum kau.Jangan la bersedih kawan.Aku akan ada mendengar luah hati kau.Selagi kau bercerita.
Family kau pandang rendah kt kau?? Now dgr! Family kau yg sosial pandang rendah kt kau sampai kau derita? Aku? Family aku yg kuat agamanya camna pulak? Dowg sishkan aku! Dowg wt aku macam tak wujud! Jijik ka aku? Derita aku bertambah dengan penghinaan si dia.Kau tau tak apa aku rasa? Tak ada sapa yg tau!dlu aku pkr. Kenapa perasaan ni tak pergi bersama dia?hah! Semua sbb aku terlampau syg dia. kenapa aku diseksa? Puas aku menangis tanpa ada seorang manusia tau.Aku meraung bagai hilang akal.Disebalik gelak tawa aku.Tersirat sejuta derita.Aku memang suka kongsi suka.Tapi aku xnak kongsi derita.Biar lah aku pendam walau ia hanya akan membuat luka aku lebih dalam.Aku tetap teguh dengan cinta terhadap dia.She is the women that had change my world.

Monday, 4 February 2013

Tak Puas hati SENTIASA!

Hari ni memang agak kelam kabut.Bangun lambat.Appointment doktor.Serabut kay.Aku tak msg E.E ckp "Nadi mrh ka?" Aku cam nak cepuk ja budak ni.Aku bengang gila kot.Aku panas baran kay panas baran! Sakit hati aku bila teringat Fy ckp.Walaupun kami tak rapat tp xda hati perut ka sampai seksa dia dan cinta hati dia camtu? Babi ja yang aku seru! arghh! Dasar E! Siapa kau disebalik hijab kau!Tapi aku hanya diam dan memendam rasa.Selagi aku tak tau kebenaran ye dak? Tadi si Y nyanyi lagu Jangan Ganggu Pacarku makin mendalam sakit hati aku.Lagu tu aku bg kat dia.And dia bg balik kat aku.Memang cantik la kan Y sayang!! Hilang fokus aku untuk whole Monday k.Buat aku tak tentu arah. Sampai jumpa eque ni..Jangan menilai seseorang berdasarkan masa silam, tetapi lihatnya pada hari ini. Setiap org mampu berubah. Malah jauh lebih baik dari apa yg kita sangkakan :) Allah tidak menilai bagaimana permulaan hidup kita, namun Allah menilai bagaimana pengakhiran hidup kita. Cinta I love U

Sunday, 3 February 2013

Kehebatan kau terserlah

Kadang-kadang dalam hidup kita.Banyak perlukan kesabaran termasuk hidup bercouple :'(
Hidup bercouple bukan senang.Memang ramai yang ckp hidup orang berkahwin lagi mencabar.
Tapi bagi aku hidup No! Hidup berkahwin.Bila gaduh or nak cerai mesti pikir bout ANAK and so on.
But couple? apa yang nak difikirkan? nothing.Maruah and Cinta --" Benda tu tak penting di mata manusia zaman kini.Kenapa setiap pertemuan tu akan disusuli perpisahan? Cinta yang aku harap selama ni.
Kenapa aku? Bila aku nak berubah and jadi yang terbaik.Ada dugaan yang menimpa.Aku ingat dia teguh.
Tapi tu cuma harapan aku.Aku ja yang harap yang terbaik,aku ja yang buat yang terbaik untuk hubungan.
Dia?? Kenapa perlu dia letak perasaan benci dalam hati dia? Kenapa perlu dia seksa aku?
Aku sedar aku salah.Aku cuba perbaiki silap aku.Kenapa dia tak nampa? Aku manusia biasa!
Aku tak boleh ubah masa lalu.Tak juga boleh padam salah aku.Macam mana nyesal nya aku entah bermakna ka untuk dia? Kenapa bila gembira boleh sama2? Tapi susah? Selama ni aku maksudkan susah.Bukan tak berduit,tapi susah yang aku maksud kan selama 1tahun 6bulan dugaan kesabaran macam now.Aku tak pernah salahkan takdir.
Aku yang pilih jalan aku camni.Cuma aku kecewa dia sanggup buat aku camni lepas janji macam2.Lepas aku dah bagi benda yang paling berharga.Aku sedar aku tak mampu limpahkan intan permata kt badan dia.Aku just mampu limpahkan kasih sayang and cinta yg just untuk dia.Tiba2 aku teringat,aku pernah cakap kat ex aku.Cinta tu ka yg nanti ang bg aku makan lepas kita kahwin?Now aku dapat jawapan atas soalan aku.Jawapannya ialah Memang cinta tak boleh bagi makan.Cinta tu wat aku kenyang! Penangan cinta memang hebat.:'(

Terima Kasih Cinta Kau memang hebat :'(
Kau dah berjaya :'(

Friday, 1 February 2013

Bila hati Merindu

Bila aku terjaga.Aku selalu didatangi perasaan.
Hem Cik Cinta I rindu kat U.Sumpah.Sunyi sangat.Life ni macam tak bermakna dah.
Macam menghitung hari untuk pergi jauh.Sepanjang hari aku berfikir.
Apa jadi nanti bila dia tolak aku buta lepas aku tunggu dia? wooo..gila kah aku nanti??
Merana kah aku nanti? Mampukah aku? Aku dah busy kan diri.Tapi benda tu tak berhasil langsung.
Rasa bersalah datang disusuli tayangan kenangan bersamanya..Apa lagi aku boleh buat?
Bila aku keluarkan ayat "Apa aku boleh buat?" sepantas Tsunami otak aku teringat dia.
Kenapa sampai macam tu.Sebulan dah berlalu.Apa khabar dia? Dia terus menyepi.
Dan aku? Terus menghukum diri.Why aku tak move on ja? Bukan tak laku.
Tapi dah terikat janji.Hati ni dah jatuh suka.Dah sangat sayang.Terlampau cinta.ukti
Arghh mampu ka aku bertahan? Memang fact tinggal yang baik t dapat lebih baik.
But aku tak da rasa dah..Totally heartlesss! Untuk yang terakhir aku korban segala yang mampu.
Letakkan nyawa sebagai bukti.Yang aku betul2 cinta kan dia.Bukan hal besar bila aku mula sayang dia.
Sapa yang dapat sedar anugerah tuhan tu? Selama dengannya memang aku keliru.
Kabur hidup aku sebelum dia datang.Pelita yang dia pasang.Buat aku takut untuk jatuh cinta padanya.
Sebab bila hadirnya perasaan cinta pasti benci akan susuli.
Aku menyesal sebab biar diri aku jatuh ke tangan dia.
Aku menyesal biar hati aku derita sebab cinta.
Benda yang paling aku takut.Aku dah rasa.Sakitnya bercinta.Couple yang ke-20 merupakan cinta pertama aku.
Andai Cinta baca satu hari nanti.I nak U tau.8 July merupakan hari bersejarah dalam hidup I.
Apa detik bersejarah 8 July I tahun ni.hem.Sepi nya rasa.8 maksudnya tiada penamat.
Benda yang paling buat I terkejut.Gabungan tarikh lahir kita.Hasilnya.Tarikh Anniversary.
Tak percaya buat lah.

Salam Jumaat,

My Favourite Girl.Miss MM